Friday, December 18, 2009

SMKA

Objektif SMKA
Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Keistimewaan SMKA

Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
Banyak peluang melanjutkan pelajaran
Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran
Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab Senarai Sekolah Kebangsaan Agama


SENARAI SMKA

PERLISSMKA ArauSMKA (P) Kangar

KEDAHSMKA KedahSMKA BalingSMKA SikSMKA Yan

PULAU PINANGSMKA (L) Al-MashoorSMKA (P) Al-MashoorSMKA Nibong TebalSMKA Al-Irsyad

KUALA LUMPURSMKA Kuala Lumpur

NEGERI SEMBILANSMKA Sheikh Haji Mohd SaidSMKA Pedas

PERAKSMKA Sultan Azlan ShahSMKA Slim RiverSMKA Kerian

SELANGORSMKA Simpang LimaSMKA Kuala SelangorSMKA Maahad Hamidiah

MELAKASMKA Sharifah RodziahSMKA Sultan Muhammad

JOHORSMKA Maahad MuarSMKA SegamatSMKA Johor BahruSMKA Bandar Penawar

PAHANGSMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan PahangSMKA Pahang

TERENGGANUSMKA Sheikh Abdul MalikSMKA Tok JiringSMKA WataniahSMKA Durian GulingSMKA Kuala AbangSMKA Nurul Ittifaq

KELANTANSMKA Naim Lil BanatSMKA FalahiahSMKA WataniahSMKA MelorSMKA TangokSMKA Lati

SABAHSMKA Tun SakaranSMKA SandakanSMKA Muhamad Ali RanauSMKA InanamSMKA LimauanSMKA Kota KinabaluSMKA Tun Datu MustaphaSMKA Tun Said

SARAWAKSMKA Sheikh Haji Othman Abdul WahabSMKA MatangSMKA SibuSMKA MiriSMKA Tun Ahmad ZaidiSMKA LimbangSMKA IganSMKA Seri Aman

Tuesday, December 15, 2009

TEMA HARI GURU

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Sunday, December 13, 2009

Mata Pelajaran Sekolah Menengah


Mata Pelajaran Menengah


Peringkat Menengah Rendah: Tingkatan 1 - 3


Mata Pelajaran Teras:

1. Bahasa Melayu

2. English Language

3. Mathematics

4. Science

5. Sejarah

6. Pendidikan Islam

7. Pendidikan Moral

8. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.


Mata Pelajaran Wajib:

1. Geografi

2. Pendidikan Jasmani

3. Pendidikan Kesihatan

4. Kemahiran Hidup

5. Pendidikan Seni Visual

6. Pendidikan Muzik.


Mata Pelajaran Tambahan:

1. Bahasa Cina

2. Bahasa Tamil

3. Bahasa Arab

4. Bahasa Iban

5. Bahasa Kadazandusun

6. Bahasa Jepun

7. Bahasa Perancis

8. Bahasa JermanPeringkat Menengah Atas:



Tingkatan 4 - 5


Mata Pelajaran Teras:

1. Bahasa Melayu

2. English Language

3. Mathematics

4. Science

5. Sejarah

6. Pendidikan Islam

. Pendidikan Moral

8. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.


Mata Pelajaran Wajib:

1. Pendidikan Jasmani

2. Pendidikan Kesihatan


Mata Pelajaran Tambahan:

1. Bahasa Cina

2. Bahasa Tamil

3. Bahasa Arab

4. Bahasa Iban

5. Bahasa Kadazandusun

6. Bahasa Jepun

7. Bahasa Perancis

8. Bahasa Jerman


Mata Pelajaran Elektif:

1. Kesusasteraan Melayu

2. Literature in English

3. English for Science and Technology

4. Pendidikan Seni Visual

5. Pendidikan Muzik

6. Geografi

7. Ekonomi Asas

8. Additional Mathematics

9. Additional Science

10. Physics

11. Chemistry

12. Biology

13. Information and Communication Technology

14. Reka Cipta

15. Sains Sukan

16. Pembinaan Domestik

17. Membuat Perabot

18. Seni Reka Tanda

19. Kerja Paip Domestik

20. Pendawaian Domestik

21. Kimpalan Arka dan Gas

22. Menservis Automobil

23. Menservis Motosikal

24. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara

25. Menservis Peralatan Elektrik Domestik

26. Rekaan dan Jahitan Pakaian

27. Katering dan Penyajian

28. Pemprosesan Makanan

29. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut

30. Hiasan Dalaman Asas

31. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

32. Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik

33. Landskap dan Nurseri

34. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

35. Tanaman Makanan

36. Grafik Berkomputer

37. Produksi Multimedia

38. Mechanical Engineering Studies

39. Civil Engineering Studies

40. Electrical & Electronic Engineering Studies

41. Engineering Drawing

42. Pengajian Agroteknologi

43. Sains Pertanian

44. Pengajian Keusahawanan

45. Perdagangan

46. Prinsip Perakaunan

47. Pengajian Pakaian

48. Pengurusan Makanan

49. Ekonomi Rumah Tangga

50. Engineering Technology

51. Fundamentals of Programming

52. Program and Development Tools

53. Pola Pakaian

54. Membuat Pakaian

55. Roti & Makanan Yis

56. Patisserie

57. Penyediaan Masakan Barat & Timur

58. Penyediaan Makanan & Minuman

59. Persolekan

60. Dandanan Rambut

61. Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak

62. Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak

63. Bahan Binaan

64. Teknologi Binaan

65. Prinsip Elektrik & Elektronik

66. Aplikasi Elektrik & Elektronik

67. Pemesinan Berkomputer

68. Amalan Bengkel Mekanikal

69. Penyejukan

70. Penyamanan Udara

71. Automotif Kenderaan

72. Automotif Elektrik dan Disel

73. Kimpalan Arka

74. Kimpalan Gas

75. Kejenteraan Pertanian

76. Hortikultur Hiasan & Lanskap

77. Pengeluaran Tanaman

78. Pemprosesan Hasil Pertanian

79. Pengeluaran Ternakan

80. Teknologi Pejabat Perniagaan

81. Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan

82. Perakaunan Perniagaan

83. Applied Science

84. Animasi dan Rekabentuk Penerbitan

85. Penerbitan Multimedia Kreatif

86. Sistem Sokongan Komputer

87. Sistem Sokongan Rangkaian

88. Asas Kemahiran Pelancongan

89. Pelancongan dan Rekreasi

90. Bahasa Arab Tinggi

91. Tasawwur Islam

92. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

93. Pendidikan Syariah Islamiah

Friday, December 4, 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 4 2010

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2010.

MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2009.
2. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
4. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
5. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2009.


Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2009.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Pemilihan
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan
1. Permohonan perlu dibuat secara online di laman web Majlis Amanah Rakyat.
2. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
* Permohonan Ke Tingkatan 4,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

Cara memohon nombor pin
1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009 dengan percuma.

2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2009, yang disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.MaklumatBorang permohonan online akan hanya dibuka mulai 28 September 2009.

Tarikh TutupBorang permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2009.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2010.
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Maklumat lanjut dan permohonan: http://www.mara.gov.my/home

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 MRSM 2010

MAJLIS AMANAH RAKYAT
(Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah)

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TINGKATAN SATU TAHUN 2010
SEMENANJUNG MALAYSIA

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2009 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2010 di Semenanjung Malaysia.
Pada tahun 2010, MARA akan membuat pengambilan pelajar tingkatan 1 bagi mengikuti program MRSM (Agama) Ulul Albab yang akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh.
Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
. 1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam.
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM (AGAMA) ULUL ALBAB:
1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.
4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
6. Pemohon ke MRSM (Agama) akan ditemuduga.

B. CARA MEMOHON SECARA ONLINE :
1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta salinan Keputusan UPSR 2009 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :
http://www.mara.gov.my
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2009.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2009.

D. NOTA PENTING
1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
(i) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
(ii) Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
4. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon ke MRSM.
5. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
6. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)
MARA.

Info Pendidikan Pelajar

Blog ini dicipta untuk membantu pelajar-pelajar mendapatkan sebarang maklumat berkaitan pendidikan di Malaysia pada masa kini.
Peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran, kerjaya, soalan-soalan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan lain-lain akan dimuatkan bagi membantu pelajar-pelajar.