Wednesday, March 17, 2010

PELAJAR TERBAIK SPM 2009

10 PELAJAR TERBAIK SPM 2009

Angka Giliran Nama Sekolah
1 SK210A016 GLADYS TAN YEE KIM SMK GREEN ROAD, KUCHING, SARAWAK

2 BK017A042 GRACE KIEW SZE-ERN SMK (P) SRI AMAN, PETALING JAYA, SELANGOR

3 NA261A006 KHADIJAH BINTI AHMAD JAIS SM AGAMA PERSEKUTUAN, LABU, N SEMBILAN

4 RA001A002 AKMAL HIDAYAT BIN SABRI SMK DERMA, KANGAR, PERLIS

5 NA221A026 SYAMILAH BINTI MAHALI KOLEJ TUNKU KURSHIAH, SEREMBAN, N SEMBILAN

6 BG037A018 LEE WEI LING, AMELIA SMK TAMAN MELAWATI, SELANGOR

7 DA036A056 NUR SYUHADAH BINTI MUHAMAD SM SAINS TENGKU MUHAMMAD
FARIS PETRA, KOTA BHARU, KELANTAN

8 MA121A012 LAI YIN KWIN SMK TINGGI MELAKA, MELAKA

9 BG037A010 CORINNE GUNN HUEY MIN SMK TAMAN MELAWATI, SELANGOR

10 AG016A005 HU MAY KHEI SMK CONVENT, TAIPING, PERAK

Friday, March 12, 2010

KEHILANGAN SIJIL SPM/PMR/UPSR

Kehilangan Salinan Sijil SPM/PMR/UPSR
Sekiranya ingin mendapatkan salinan sijil yang hilang/musnah/tidak dituntut boleh dibuat melalui pos atau datang sendiri ke kaunter sijil Lembaga Peperiksaan Malaysia Aras 1 Blok E 11 Putrajaya.
Cara permohonan salinan sijil adalah seperti berikut:
Wang Pos bernilai RM 10.00 (atas nama Pengarah Peperiksaan)
Surat Akuan Sumpah atau Laporan Polis tentang kehilangan sijil (hanya permohonan secara pos)
Sampul surat beralamat sendiri dan bersetem
Tempoh proses 4 minggu dari tarik menerima permohonan

Sila alamatkan pada :
Pengarah Peperiksaan,Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran MalaysiaBlok E 11, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya.(U.P: Unit Pengurusan Maklumat dan Data)
Sila layari laman web lpm di http://www.moe.gov.my/lpm/ untuk keterangan lanjut.
Salinan sijil hanya diproses di LPM Putrajaya.
Setiap salinan sijil dikenakan wang pos RM 10.00

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH KPLI

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)
Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan adalah seperti berikut ;
§ Bahasa Melayu
§ Bahasa Inggeris
§ Bahasa Cina
§ Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
§ Bahasa Tamil
§ Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
§ Matematik
§ Pendidikan Islam
§ Sains
§ Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
§ Pendidikan Seni Visual
§ Kemahiran Hidup
§ Pendidikan Jasmani
§ Bimbingan
§ Pemulihan
§ Pengajian Sosial
§ Pendidikan Muzik


SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS KPLI
a. Warganegara Malaysia

b. Umur tidak melebihi 35 tahun.
c. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.

d. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

e. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

f. Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.

g. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

h. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

i. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

CARA MEMOHON

i. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my/
Permohonan boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja.

ii. Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.

iii. Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

iv. Calon diminta mengisi DUA pilihan kursus sahaja mengikut keutamaan daripada mana-mana senarai kursus yang ditawarkan.

v. Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
vi. Maklumat yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
vii. Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.
viii. Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
ix. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.