Monday, August 9, 2010

KENAPA MALAYSIA HARUS JADI PILIHAN PELAJAR INDONESIA

JAKARTA, 26 Julai (Bernama) -- Usaha Malaysia untuk muncul sebagai sebuahpusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini boleh dikatakanmemasuki fasa yang lebih mencabar dalam mempromosi negara di bidang pendidikan. Ini khasnya kerana dalam satu dekad yang berikutnya, Malaysia mensasarkan menarik 200,000 pelajar asing menuntut di pelbagai institut pengajiantinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swastanya (IPTS). Dinilai dari segi bilangan pelajar asing yang sudah mencapai lebih 80,000 sekarang, sasaran yang ingin dicapai itu nampak realistik, namun iabukanlah sesuatu yang harus dianggap mudah kerana Malaysia tentunya perluditampilkan dengan daya tarikan yang mampu mengatasi negara-negara saingan. Kenapa pelajar asing harus memilih Malaysia berbanding negara sendiri ataunegara lain yang juga menawarkan tempat di institusi pengajian tinggimasing-masing? Jawapan kepada persoalan ini, khususnya, berkaitan dengan kursus baru yang lebih sesuai dengan kehendak industri dan pasaran kerja serta kualitikursus. Usaha serius Malaysia untuk menarik lebih ramai pelajar asing dapat dilihatdengan pembukaan Pusat Promosi Pendidikan di Vietnam, China, Emiriah ArabBersatu dan Indonesia dan ia ternyata membawa hasil yang baik walaupun masih adapenambahbaikan yang perlu dari segi pendekatan promosi. Di Indonesia, promosi pendidikan giat dilakukan Pusat Promosi PendidikanMalaysia di Jakarta terutama dalam usaha memikat sebahagian daripadakira-kira lima juta pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) yang lulus setiap tahundi negara yang berpenduduk kira-kira 230 juta orang ini.

KEDUDUKAN SEMASA PENUNTUT ASING DI MALAYSIA
Buat masa ini sejumlah 9,812 pelajar Indonesia memilih Malaysia untuk melanjutkan pengajian di sejumlah 500 institusi pengajian tinggi termasuk beberapa kampus cawangan universiti antarabangsa ternama. Penuntut Indonesiamerupakan penuntut asing kedua teramai selepas penuntut dari Iran. Apakah kelebihan di Malaysia yang mampu menarik minat pelajar dari Indonesia? Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassanberkata antara yang menjadi tarikan ialah kualiti pendidikan tinggi di Malaysiayang berasaskan kepada pendidikan barat. Malaysia pada tahun lepas memeterai "Perjanjian Washington" bersama 12negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Britain untuk menyeragamkan standardkualiti atau akreditasi pendidikan tinggi mereka. Selain itu, biaya hidup di Malaysia secara relatif adalah lebih kompetitifbagi pelajar Indonesia selain jarak yang dekat antara dua negara berjiran ini. Secara umumnya biaya hidup pelajar Indonesia di Malaysia ialah kira-kiraRM70,000 (Rp180 juta) untuk menamatkan kursus ijazah sarjana muda atau ijazahlanjutan termasuk sarjana dalam pentadbiran perniagaan (MBA). "Keuntungan tambahannya, selama tinggal di Malaysia, para pelajar juga berkesempatan menikmati perjalanan ke negara-negara tetangga kerana biayaperjalanan yang secara relatif adalah berpatutan," kata Syed Munshe Afzaruddin. Selain itu universiti di Malaysia juga mempunyai kerjasama denganpelbagai syarikat gergasi terutama syarikat telekomunikasi untukmemberikan pelbagai peluang pendedahan kepada para lulusan universiti.


BANYAK KELEBIHAN BELAJAR DI MALAYSIA
Prof Dr Mohd Zilal Hamzah yang menjadi Ketua Alumni pelajar Indonesia diMalaysia adalah antara mereka yang menikmati sendiri kemudahanyang ditawarkan oleh institusi pengajian di Malaysia daripada urusanizin belajar hinggalah kepada kemudahan kampus. "Di Malaysia, para profesor memberi tumpuan mendidik para mahasiswa, bukanmerangkap menjadi pegawai jabatan kerajaan atau ketua syarikat swasta sehinggamenghambat waktu belajar mahasiswa. "Pelbagai peluang juga lebih terbuka luas, seperti pengalaman saya selamabelajar di sana, saya berkesempatan menjelajah ke seluruh negara untuk programpersidangan bersama penyelia saya," katanya. Pameran yang diselenggarakan oleh Pusat Promosi Pendidikan Malaysia di Indonesia yang dijalankan pada musim ini turut diadakan di dua kota lain iaituBandung dan Palembang yang dijayakan 33 IPTA serta IPTS dan kampus cawanganuniversiti luar negara di Malaysia. Pada musim lalu, acara yang sama diadakan dengan jayanya di Medan, Sumatera Utara. Dalam acara promosi musim ini, antara institut pengajian tinggi yangmengambil bahagian ialah Universiti Malaya, Universiti Teknikal Melaka (UTEM),INTI International University, Berjaya University College of Hospitality danBostonweb College of Technology and Management. Universiti yang terlibat dalam pameran ini turut menyediakansekurang-kurangnya 600 biasiswa penuh untuk kursus ijazah sarjana muda, sarjanadan ijazah kedoktoran yang mencakupi biaya kuliah dan biaya hidup selamabelajar hingga tamat pengajian.

UNIVERSITI MALAYA JADI TARIKAN
Nor Azlina Abdullah dari Universiti Malaya berkata kampus UM menawarkanmutu pendidikan yang diakui Dinas Pendidikan Tinggi Indonesia, iaitu agensikerajaan yang mengawasi pendidikan tinggi di republik ini. Biaya hidup bagi pelajar Indonesia yang memilih UM juga, katanya, adalahdalam lingkungan yang berpatutan. "Selain itu kemudahan yang kami tawarkan lengkap seperti perpustakaan yangmenyediakan buku-buku yang diperlukan manakala kedai buku kampus turutmenawarkan harga jualan lebih murah," katanya. Kedudukan kampus induk UM di pusat bandar juga memudahkan mahasiswadari segi pengangkutan awam dan tempat tinggal. Nama UM yang terkenal lebih memudahkan promosi universiti tertua di Malaysia ini dan ia jelas dapat dilihat melalui kunjungan pelajar Indonesiake ruang pameran UM untuk mendapatkan maklumat. Sementara itu, Angga Ibnu Pratama, kaunselor Universiti Multimedia (MMU) diCyberjaya berkata kampus MMU mampu bersaing dengan universiti swasta pilihan diJakarta. "Di Jakarta kos sosial adalah tinggi sehingga biaya kuliah juga mudah meningkat disebabkan pelbagai keperluan tambahan seperti buku dan tugasanamali. "Tetapi di MMU biaya itu dalam sekitar Rp350 juta hingga selesaipengajian tanpa adanya kemungkinan peningkatan kerana kami menyediakanpelbagai kemudahan seperti perpustakaan dan teknologi, seperti penggunaane-book," katanya.

MALAYSIA PILIHAN RAMAI PELAJAR INDONESIA
Sementara itu, beberapa pelajar Indonesia yang berkunjung ke pameranpendidikan Malaysia yang berlangsung selama dua hari di Jakarta baru-baru inimenyatakan bahawa mereka menimbangkan Malaysia sebagai satu daripada destinasiuntuk melanjutkan pelajaran peringkat tinggi. Pelajar kelas tiga SMA 8 Jakarta, Aurum, 17, berkata beliau menimbangkan Malaysia atau negara jiran lain yang kualiti pendidikannya setanding. Buat masa ini, rancangan beliau ialah untuk melanjutkan pengajian sarjana muda di sebuah universiti awam di Jakarta, namun beliau amat berkeyakinanbahawa lulusan luar negeri, termasuk dari IPT Malaysia, lebih diiktiraf diIndonesia dan boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Rakannya, Astrid, juga masih belum menetapkan pendirian sama ada mahu belajar di Malaysia, tetapi pelajar berusia 16 tahun ini berkata beliautertarik belajar di Malaysia kerana penggunaan bahasa Inggeris di dalamkuliahnya selaras dengan keperluan global masa kini. Bagi seorang lagi pelajar M.Hafiz, yang baru sahaja lulus dari SMA IslamNurul Fikri Boarding School, lain pula pandangannya tentang pendidikan diMalaysia. Beliau menyatakan sangat tertarik belajar di Malaysia kerana persamaan budaya hidup di negara tetangga Indonesia itu. "Di Malaysia, saya tidak akan kesulitan menyesuaikan diri. Apalagi ada saudara di sana yang mencadangkan saya masuk ke salah satu universiti,"katanya. Rakannya Ahmad Shifauka, turut berkongsi pandangan beliau tetapi tarikanbeliau adalah dari segi kursus yang ditawarkan oleh IPT Malaysia. "Saya mendapatkan maklumat untuk belajar di UM, untuk mengambil jurusan mikrobiologi. Jurusan ini yang saya inginkan, tapi jarang ada di Indonesia,"katanya.

PROMOSI PENDIDIKAN PENTING
Apa yang boleh dipelajari daripada penganjuran acara promosi pendidikanMalaysia di Indonesia setakat ini ialah bagaimana membina keyakinan pelajar danibu bapa mereka terhadap kelebihan Malaysia sebagai destinasi pilihan untukpendidikan tinggi. Selain kualiti kursus yang setanding di peringkat antarabangsa, kospendidikan lebih kompetitif, kursus-kursus penting bagi keperluan bidangpekerjaan tetapi jarang didapati di Indonesia serta persamaan budaya hidupmerupakan kelebihan pada IPTA dan IPTS Malaysia untuk menarik pelaja.) asing. (Laporan tambahan oleh Ndari Rumiwidyawati) -- BERNAMA AFY PR RON