Friday, February 19, 2010

KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIAAMBILAN JUN 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus
Persediaan)
Md Kursus : Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.
2.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
2.5.1 Bahasa Melayu
2.5.2 Sejarah
2.5.3 satu mata pelajaran yang lain serta;
2.5.4 lulus Bahasa Inggeris
2.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan
Permohonan)

3. MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
3.1 Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)
dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
3.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun enam
bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
3.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk
Pendidikan Rendah.
3.4 BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
3.4.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
1. Pendidikan Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua Pendidikan Rendah 11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4. Bahasa Arab Pendidikan Rendah 12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah 13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan
Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Pendidikan Rendah 15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Pendidikan Rendah

3.4.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
1. Pendidikan Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua Pendidikan Rendah 11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4. Bahasa Cina Pendidikan Rendah 12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah 13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan
Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Pendidikan Rendah 15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Pendidikan Rendah

3.4.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
1. Pendidikan Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua Pendidikan Rendah 11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah 12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah 13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan
Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Pendidikan Rendah 15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Pendidikan Rendah

4. CARA MEMOHON
4.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
4.2 Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seleuruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
4.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
4.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
4.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 MAC 2010

6. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 3, BLOK E13, PARCEL EKOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)No. Telefon : 03-888441260/1245/1243/1235/1229/1228

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUCawangan Sabahd/a Institut Pendidikan Guru Kampus GayaPeti Surat 1049188805 Kota Kinabalu, SabahNo Telefon : 088 236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUCawangan SarawakJalan College 93259 Kuching, Sarawak No Telefon : 082 258045

7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
7.1 Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
7.2 Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan aalah muktamad.
7.3 Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
7.4 Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
7.5 Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
7.6 Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

8. PENDAFTARAN
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) paa 28 Jun 2010 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP)
Bentuk Pengajian Tempat Tempoh
Pengajian Persediaan Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 1 Tahun 6 Bulan
Pengajian Ijazah Pertama Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 4 Tahun

DASAR SEPULUH MATA PELAJARAN DALAM SPM

PELAKSANAAN DASAR MENGEHADKAN JUMLAH MAKSIMUM SEPULUH (10) MATA PELAJARAN DAN PENAMBAHAN DUA (2) MATA PELAJARAN TAMBAHAN DALAM PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 23 Disember 2009 telah bersetuju bahawa dasar mengehadkan sepuluh (10) mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kekal, walau bagaimanapun kelonggaran diberi kepada calon untuk mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahanmulai Tahun 2010.

2. Calon yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai Tahun 2010 dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran sebagai tambahan. Dua mata pelajaran tambahan tersebut mestilah dipilih daripada mana-mana mata pelajaran yang telah disenaraikan dalam peperiksaan SPM kecuali mata pelajaran teras. Jumlah keseluruhan mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon adalah dua belas (12).

3. Kelonggaran ini boleh diguna pakai untuk semua murid di semua aliran sekolah. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada kekal. Pencapaian calon dalam peperiksaan SPM bagi semua mata pelajaran yang diduduki termasuk dua pelajaran tambahan itu akan dicatatkan dalam sijil SPM yang sama.

4. Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.


5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2009 bertarikh 27 Ogos 2009 bagi Pelaksanaan Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

6. Semua Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua Pengetua di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato’ /Datin/tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tuesday, February 2, 2010

TONGGAK DUA BELAS

TONGGAK DUA BELAS

1. Menghargai Masa
Menghargai masa bermaksud dapat menggunakan masa secara maksimum dalam melaksanakan sesuatu yang berfaedah. Menepati masa adalah suatu tabiat yang
harus dibiasakan. Tabiat ini wujud hasil dari ketinggian maruah diri dan adanya
rasa hormat kepada orang lain. Ianya dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya
seseorang itu mengamalkan catatan penggunaan masa setiap hari.

2. Kekuatan Membawa Kejayaan
Kekuatan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan
sempurna dan membawa kecemerlangan kepada agensi serta individu. Keazaman dan
kegigihan akan menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan. Kekuatan hanya
akan lahir jika terdapat disiplin diri yang tinggi.

3. Keseronokan Bekerja
Kerja bukanlah suatu yang ringan malah bagi kebanyakan orang ianya adalah
merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun sekiranya kita mengambil
pendirian yang optimis, kita boleh menjadikan kerja itu sebagai sesuatu yang
menyeronokkan. Untuk itu, kerja harus dianggap dan dijadikan sebagai ibadah,
cabaran atau bidang pengkhususan yang dengan sendirinya akan menjadikan kita
pakar yang diiktiraf.

4. Kemuliaan Kesederhanaan
Kesederhanaan adalah sikap menolak keterlaluan sama ada dalam menetapkan sesuatu
peraturan, perbelanjaan dan sebagainya. Dalam menjalankan tugas harian, sikap
sederhana dalam percakapan, pergaulan, berpakaian dan lain-lain adalah penting
bagi meningkatkan kecekapan organisasi.

5. Ketinggian Peribadi
Peribadi seseorang adalah merupakan "the total personality". Ia merangkumi
perwatakan, sikap, perilaku, gaya dalam pergaulan, baik dalam organisasi mahupun
dalam masyarakat umum. Ketinggian peribadi seseorang mencerminkan pemiliknya
seorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.

6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Sifat baik hati akan mendorong seseorang itu mengamalkan nilai-nilai positif
yang lain seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, kasih sayang,
bersimpati dan suka membantu. Sifat ini akan dapat menjamin kehormonian sesebuah
organisasi. Seorang yang baik hati lebih mementingkan penyelesaian masalah dari
mencari siapa yang bersalah.

7. Pengaruh Teladan
Sejarah telah membuktikan tentang betapa banyaknya tamadun yang membangun
lantaran pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana. Pemimpin yang baik akan
mempengaruhi pengikutnya dari segi kepemimpinan, tunjuk ajar, akhlak atau tutur
kata yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Oleh itu pengaruh teladan
yang positif boleh mendatangkan keuntungan kepada sesebuah organisasi.

8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup
bermasyarakat. Tugas seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar
kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka.
Tugas mesti dilakukan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Oleh yang
demikian sesuatu tugas itu memerlukan pengurusan yang baik supaya ianya dapat
dikendalikan secara berkesan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

9. Kebijaksanaan Berhemat
Berhemat adalah suatu sifat yang harus dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja
berhemat dari segi wang bahkan dalam perkara-perkara lain seperti masa, bahan
dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berhemat bolehlah dianggap sebagai
menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. Sikap berhati-hati
dalam membelanjakan sesuatu menunjukkan sesorang itu bertanggungjawab terhadap
bahan-bahan yang digunakan.

10. Keutamaan Kesabaran
Kesabaran adalah sifat yang dipuji oleh semua agama. Orang yang sabar menerima
segala cabaran dengan tenang, memikirkannya denga teratur dan tidak mudah
berputus asa. Semangat ketabahan yang ada pada seseorang yang sabar itu
menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas.

11. Peningkatan Bakat
Bakat adalah sifat yang mendorong ke arah penciptaan, innovasi dan penyelesaian
masalah. Hal ini penting diperhatikan kerana persekitaran sedia ada sering
berubah. Oleh itu sebarang bakat, baik dari segi pentadbiran, sains dan
teknologi, kesenian dan lain-lainnya memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

12. Nikmat Mencipta
Kepuasan adalah matlamat akhir bagi setiap usaha yang dilakukan oleh manusia.
Kepuasan yang paling ketara adalah apabila sesuatu ciptaan yang dihasilkan
mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara. Penghayatan terhadap nilai
ini akan menggalakkan seseorang sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan
masalah.


Ciri-ciri Tenaga Kerja Yang Beretika

Berdisiplin
Ketaatan
Beriltizam
Kecemerlangan
Tanpa Kecacatan
Kualiti
Persaingan di pasaran dunia


Implikasi Tenaga Kerja Yang Beretika
Cekap, bersih dan amanah
Hasil kerja yang berkualiti
Menembusi pasaran antarabangsa
Mengekalkan martabat negara