Wednesday, May 6, 2015

PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Penyeliaan Pengajaran dan PembelajaranDi Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987
Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Penyeliaan Pengajaran-PembelajaranPenyeliaan Pengajaran-Pembelajaran


Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting
2.  Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
     2.1 Rasional

        2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan
                itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan
                pengajaran-pembelajaran.

        2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah
                pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan
                pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu
                dititikberatkan

        2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan
                kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan
                Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme
                di sekolahnya.

    2.2 Tujuan
        2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-guru dalam
                melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar
                dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara

        2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat
                kepada Pengetua/Guru besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran
                di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru
                besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.

        2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan
                Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru
                dan antara guru dan murid.

        2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
                membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

    2.3. Bidang
        2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua)
                bidang:
                a.  bidang organisasi
                b.  bidang pengajaran dan pembelajaran

               Bidang Organisasi
                    Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah :
                            Iklim kelas
                            Organisasi kelas
                            Kawalan murid
                            Komunikasi
                            Motivasi
                            Sikap murid
                            Kebersihan dan perhiasan
                            Penyeliaan gerakerja
                            Penilaian prestasi
                            Profil murid
                            Panitia pelajaran
                    Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu
                    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

               Bidang Pengajaran dan Pembelajaran
                    Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:
                            Rancangan pengajaran
                            Objektif
                            Isi kandungan
                            Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya
                            Penyampaian isi pelajaran
                            Teknik bersoaljawab
                            Interaksi guru murid
                            Penggunaan masa
 

    2.4  Prinsip Perlaksanaan
           2.4.1  Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh
                    Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru

            2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan
                    ringkas dan tepat

            2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang
                    dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru

            2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan
                    Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di
                    tangan Pengetua/Guru Besar

            2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara
                    sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan
                    bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi
                    pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat
                    maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh
                    Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.

Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab.