Penyeliaan Pengajaran dan PembelajaranDi Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 3/1987
Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Penyeliaan Pengajaran-PembelajaranPenyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Tugas
dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan
pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di
sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk
memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan
kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh
guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan
penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu.
Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas
yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan
tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah,
Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting
2.
Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam
kelas: 2.1 Rasional 2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan pengajaran-pembelajaran. 2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu dititikberatkan 2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme di sekolahnya. 2.2 Tujuan 2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara 2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada Pengetua/Guru besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu. 2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dan murid. 2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif. 2.3. Bidang 2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua) bidang: a. bidang organisasi b. bidang pengajaran dan pembelajaran Bidang Organisasi Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah : Iklim kelas Organisasi kelas Kawalan murid Komunikasi Motivasi Sikap murid Kebersihan dan perhiasan Penyeliaan gerakerja Penilaian prestasi Profil murid Panitia pelajaran Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah: Rancangan pengajaran Objektif Isi kandungan Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya Penyampaian isi pelajaran Teknik bersoaljawab Interaksi guru murid Penggunaan masa 2.4 Prinsip Perlaksanaan 2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru 2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan ringkas dan tepat 2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru 2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di tangan Pengetua/Guru Besar 2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.
Surat Pekeliling ini adalah untuk
mengingatkan kembali mengenai mustahaknya tugas-tugas penyeliaan
pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab.
|
No comments:
Post a Comment