Saturday, May 29, 2010

UTAMA SEMINAR WAWASAN 2020 GURU-GURU DAERAH KUALA PILAH/JELEBU

UCAPAN OLEH: DATO SRI MOHD NAJIB TUN ABD. RAZAK
( MENTERI PENDIDIKAN )
UPACARA: UTAMA SEMINAR WAWASAN 2020 GURU-GURU DAERAH KUALA PILAH/JELEBU
TEMPAT: DEWAN BARU MAJLIS DAERAH KUALA PILAH JALAN BUKIT, NEGERI SEMBILAN
TARIKH: 29 AUG 1998
MASA: 2.00 P.M - 4.00 P.M
BERTAJUK

"AGENDA PENDIDIKAN NEGARA KINI DAN CABARAN AKAN DATANG" (SALUTATIONS)

CABARAN SEJAGAT PADA ABAD KE-21 NANTI JELAS MEMPERLIHATKAN CIRI-CIRI :
1. KECENDERUNGAN NEGARA MAJU TERUTAMA BARAT YANG GHAIRAH MELAKUKAN PERCUBAAN PENJAJAHAN SEMULA (RECOLONIALIZATION) KE ATAS NEGARA-NEGARA LEMAH DALAM BENTUK YANG BERBAGAI SEPERTI EKONOMI, KEBUDAYAAN, PEMIKIRAN DAN POLITIK.
2. KESERAKAHAN DAN KEGELINJANGAN WARGA DUNIA YANG SEMAKIN TERHIMPIT KESAN DARI ANCAMAN PASARAN TERBUKA MENYEBABKAN USAHA MEMPERTAHANKAN DAN MEMENUHI KEPERLUAN SERTA KEHENDAK MASING-MASING TANPA MENGAMBILKIRA PERASAAN DAN KEPENTINGAN ORANG LAIN.
3. MELUASNYA FAHAMAN GLOBAL VILLAGE YAKNI DUNIA MENGALAMI KERUNTUHAN SEMPADAN GEOPOLITIK YANG TERAKIBAT DARI JARINGAN KOMUNIKASI DAN PERDAGANGAN ANTARA BENUA YANG MERENTASI PERBEZAAN IDEOLOGI DAN BUDAYA YANG BAKAL MEMBERI IMPLIKASI KEPADA TERJEJASNYA KEPENTINGAN SETEMPAT.
4. KEPANTASAN PERKEMBAGAN ILMU DAN MAKLUMAT YANG MEMBAWA KEPADA PENCIPTAAN TEKNOLOGI CANGGIH DALAM BIDANG PENCARIAN DAN PENGKAYAAN ILMU, PENEROKAAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT, PERHUBUNGAN, PERDAGANGAN, PEMBUATAN BARANGAN DAN PENGURUSAN.
5. PENEMUAN ILMU DAN MAKLUMAT BARU AKAN MENCETUSKAN TEKNOLOGI BARU DAN NATIJAHNYA ADALAH PERUBAHAN KEPADA CARA DAN GAYA HIDUP MANUSIA DI DUNIA.
6. JURANG KEMISKINAN, KEMUNDURAN DANKEMELARATAN ANTARA NEGARA YANG MISKIN DAN KAYA SEMAKIN MELUAS. INI MENJADI SEBAB UNTUK NEGARA KAYA TERUS MENGGENGGAM HASIL TEKNOLOGI CANGGIH DARI MELIMPAH KEPADA NEGARA MUNDUR. SITUASI INI TERUS DIMANIPULASI SEPENUHNYA OLEH MEREKA UNTUK TERUS MENGEKALKAN DOMINASI SOSIOPOLITIK DAN SOSIOEKONOMI NEGARA-NEGARA KAYA DAN NEGARA MAJU. KEMUNDURAN DAN KEMISKINAN YANG BERTERUSAN DI NEGARA MUNDUR TERUS DIEKSPLOITASI SEHINGGA MEREKA TIDAK LAGI BERUPAYA UNTUK BANGUN SEBALIKNYA TERPAKSA KEKAL BERGANTUNG PADA NEGARA KAYA.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MERDEKA TELAH CUBA KELUAR DARI KONGKONGAN DAN BELENGGU DI ATAS. ATAS WAWASAN YANG TERCETUS DARI PEMIKIRAN YAB. PERDANA MENTERI TERNYATA WAWASAN 2020 TELAH BERJAYA MENAMPAKKAN NATIJAH YANG SUNGGUH LUAR BIASA. KITA TELAH MELIHAT KEMUNCULAN CIRI-CIRI UNTUK MENJADI SEBUAH NEGARA MAJU MENJELANG ABAD 21. BERPANDUKAN SEMANGAT DASAR EKONOMI BARU KITA MENAPAK LANGKAH DEMI LANGKAH KE HADAPAN. PERPADUAN ANTARA KAUM DIPERKUKUHKAN, JURANG PENDAPATAN DAN KEKAYAAN ANTARA KAUM DIRAPATKAN, PROSES MENYUSUN MASYARAKAT BERJALAN LANCAR SERTA KESTABILAN POLITIK KIAN KUKUH DAN MANTAP.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
PERSIAPAN UNTUK MENJADI SEBUAH NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2020 SEBENARNYA AMAT BERKAIT RAPAT DENGAN FUNGSI DAN TUGAS KITA DI BIDANG PENDIDIKAN. OLEH YANG DEMIKIAN YAB. PERDANA MENTERI PERNAH MENGUNGKAPKAN :
"DALAM USAHA KITA UNTUK MAJU, TIDAK ADA YANG LEBIH PENTING DARIPADA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA".
OLEH ITU USAHA MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA ADALAH TANGGUNGJAWAB TERUS KITA WARGA PENDIDIK. DENGAN LAIN PERKATAAN, MENDIDIK MANUSIA SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MESTILAH BERSIFAT BERSEPADU DAN MENYELURUH KE ARAH MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. SUDAH PASTI MATLAMAT AKHIRNYA UNTUK MELAHIRKAN BANGSA YANG BERILMU, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENYUMBANG KEPADA KEHARMONIAN SERTA KEMAKMURAN NEGARA.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
BAGAIMANAKAH RUPA WARGANEGARA MALAYSIA DI ABAD KE-21 YANG BAKAL KITA LAHIRKAN KELAK. PASTINYA MEREKA INI ADALAH HASIL DARI ACUAN YANG SAMA-SAMA KITA BENTUK SEKARANG. HASIL DARI USAHA KITA SEKARANG. HASIL DARI FALSAFAH, STRATEGI, TEKNIK DAN PROGRAM DALAM SISTEM YANG SAMA-SAMA KITA LAKSANAKAN. SAYA MENGHARAPKAN MEREKA INI NANTI HARUS MEMILIKI CIRI-CIRI KECEMERLANGAN SEPERTI BERIKUT :
MANUSIA BERILMU DAN BERMAKLUMAT, SERBA TAHU DAN SENTIASA MENGAMBIL TAHU SEGALA PERKEMBANGAN DALAM WILAYAH PENGARUHNYA. DENGAN ILMU DAN MAKLUMAT INILAH MEREKA MENCURAH BAKTI DAN KHIDMAT UNTUK KEBAJIKAN MASYARAKAT SEKITAR.
MANUSIA BERFIKIRAN TAJAM DAN STRATEGIK YANG BERUPAYA MENJANA ILMU DAN MAKLUMAT SETERUSNYA MAMPU MENGANALISIS DAN MENCERNA ILMU BAGI MENANGANI KEPERLUAN UMAT SECARA PANTAS DAN BERKESAN.
MANUSIA IMAGINATIF, KREATIF DAN INOVATIF. YAKNI MANUSIA YANG MAMPU MERAMAL PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG BAKAL BERLAKU SERTA DAPAT MENJANGKA KEPERLUAN-KEPERLUAN BARU, IDEA BARU SERTA MENCIPTA TEKNOLOGI BARU BAGI MENANGANI PERUBAHAN TERSEBUT.
MANUSIA BERTANGGUNGJAWAB IAITU WARGA YANG BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN, MERANCANG DAN MELAKSANAKAN SESUATU KEPUTUSAN SERTA SANGGUP MENERIMA RISIKONYA. MAKSUDNYA MANUSIA JENIS INI TIDAK MENYERAHKAN PERTANGGUNGJAWABAN YANG TELAH DILETAK DI PIHAK MEREKA KEPADA PIHAK ATASAN.
MANUSIA YANG SARAT DENGAN NILAI PATRIOTISME, MEMBELA KEBENARAN, KEADILAN SOSIAL DAN SENTIASA MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN UMUM LEBIH DARI KEPENTINGAN DIRI. WARGA YANG ARIF TERHADAP PERJALANAN SEJARAH BANGSANYA, PEKA KEPADA REALITI SOSIOEKONOMI RAKYAT YANG MAJMUK DAN MENJUNJUNG KERUKUNAN HIDUP BERMASYARAKAT DAN KEMUAFAKATAN.
PALING PENTING IALAH MANUSIA YANG BERAGAMA DAN BERMORAL. MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKHLAK YANG MULIA DAN HARGA DIRI. KEHIDUPAN MEREKA DITUNJANGI OLEH NILAI-NILAI MURNI. TAHU DAN SEDAR HUBUNGANNYA DENGAN TUHAN PENCIPTANYA SERTA ALAM LINGKUNGANNYA. DENGAN INI, MANUSIA YANG BAKAL DILAHIRKAN NANTI TAHU PERANANNYA SEBAGAI PEMBAWA OBOR KESEJAHTERAAN KEPADA ALAM DAN SEISINYA.
AGENDA PENDIDIKAN NEGARA KINI
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
BERDASARKAN KEPADA CABARAN GLOBAL YANG SEDANG MENANTI, HARAPAN DAN CITA-CITA MELAHIRKAN MANUSIA YANG SEIMBANG, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MAKA BEBERAPA AGENDA PENDIDIKAN TELAH DAN SEDANG DILAKSANAKAN SEKARANG.
AGENDA 1 : MELAKSANAKAN REFORMASI PENDIDIKAN TANPA MENGORBANKAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEBAGAI TERASNYA. REFORMASI AMAT DIPERLUKAN DEMI MENYESUAIKAN BEBERAPA PERKARA POKOK DALAM PENDIDIKAN DENGAN PERUBAHAN MASA. CONTOHNYA SEPERTI AKTA PENDIDIKAN, AKTA IPTS, AUKU, L.A.N. DAN LAIN-LAIN SESUAI DENGAN TUNTUTAN ZAMAN.
AGENDA 2 : MENINGKATKAN KUALITI KEPIMPINAN DI SEMUA PERINGKAT DALAM SELURUH STRUKTUR DI BIDANG PENDIDIKAN. IA BERMULA DARI PEMIMPIN DI PERINGKAT KEMENTERIAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, PPD DAN DI SEKOLAH. KUALITI KEPIMPINAN YANG CEMERLANG BAKAL MELAHIRKAN PENGURUS YANG CEMERLANG. GURU YANG CEMERLANG, PENGETUA YANG CEMERLANG, PPD YANG CEMERLANG ADALAH KERANA MEREKA MEMPUNYAI KUALITI KEPIMPINAN YANG CEMERLANG. ANTARA CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG BERKUALITI TERMASUKLAH :


A) MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI.
(BERTANGGUNGJAWAB, AMANAH, JUJUR, BEKERJA KUAT, BERANI, BERTIMBANG RASA, BERTOLAK ANSUR, MENEPATI JANJI DAN LAIN-LAIN)
B) BERPENGETAHUAN LUAS DALAM BIDANG TUGASNYA.
C) PENUH KEYAKINAN DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI.
D) MEMILIKI DAYA KERJA DAN SEMANGAT YANG BESAR.
E) MENGETAHUI DENGAN JELAS OBJEKTIF YANG HENDAK DICAPAI.
F) ADIL DALAM MEMPERLAKUKAN PEKERJA BAWAHAN ATAS DASAR KEMAMPUAN DAN KEBOLEHAN BEKERJA.
G) MENGUASAI PRINSIP-PRINSIP PERHUBUNGAN MANUSIA. PEMIMPIN YANG MEMUSATKAN KEPADA PEMBINAAN PASUKAN KERJA, MEMUPUK HUBUNGAN ERAT DAN HARMONI DALAM KEPIMPINAN.
H) MENGUASAI TEKNIK-TEKNIK BERKOMUNIKASI.
I) DAPAT DAN MAMPU BERTINDAK SEBAGAI PENASIHAT.
AGENDA 3 :MEMPERKEMASKAN LAGI KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DARI PERINGKAT PRA SEKOLAH, RENDAH DAN MENENGAH. SEBAGAI CONTOH, KAEDAH PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH SEDANG DIPERBAIKI SUPAYA LEBIH BERKESAN, MUDAH DIFAHAMI, SENANG DITERIMA DAN MENARIK UNTUK DIHAYATI. SATU PENDEKATAN PENGAJARAN YANG LEBIH MENARIK DAN TIDAK MENJEMUKAN SEDANG DISIAPKAN. KITA PERCAYA DENGAN PENDEKATAN INI NANTI AKAN DAPAT MELAHIRKAN MANUSIA YANG BENAR-BENAR MEMAHAMI ILMU AGAMA DAN MENGAMALKANNYA SEBAGAI INSAN YANG BERAKHLAK MULIA.
AGENDA 4 : MERAPATKAN JURANG PENCAPAIAN DAN PELUANG PENDIDIKAN DI ANTARA KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR. INI DAPAT DILIHAT DARIPADA USAH GIGIH MENEMPATKAN GURU-GURU YANG BERKELAYAKAN KE LUAR BANDAR, PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SEKOLAH, KOMPUTER PENDIDIKAN DI LUAR BANDAR, PROGRAM GERAK GEMPUR MATEMATIK DAN LAIN-LAIN. INI AKAN LEBIH MEMBERI MAKNA KEPADA KONSEP PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN YANG DIPERJUANGKAN.
AGENDA 5 : USAHA MEMANTAPKAN KESELURUHAN SISTEM PENDIDIKAN DARI PERINGKAT RENDAH, MENENGAH DAN PENDIDIKAN TINGGI. ANTARA LANGKAH-LANGKAH MEMANTAPKAN SISTEM PERSEKOLAHAN :


A) MENGGUBAL AKTA PENDIDIKAN 1996.
B) MENGADAKAN GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PRA SEKOLAH.
C) PENSTRUKTURAN SEMULA SISTEM PRASEKOLAH.
D) MEMANTAPKAN SISTEM PENILAIAN SEPERTI MEMPERKENALKANN SISTEM SIJIL TERBUKA SPM.
AGENDA 6 : SEKOLAH SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN PERMUAFAKATAN. AGENDA INI AKAN DAPAT DICAPAI SEKIRANYA WUJUD PERMUAFAKATAN SEMUA PIHAK. KECEMERLANGAN ANAK-ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK. IA ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGETUA, GURU-GURU, IBU BAPA, PEMIMPIN MASYARAKAT, PIBG DAN MASYARAKAT KESELURUHANNYA. KECEMERLANGAN YANG DIMAKSUDKAN BUKAN SAHAJA MENCAPAI 100% DALAM UPSR, PMR, SPM ATAU STPM; BAHKAN YANG LEBIH PENTING IALAH KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN AKHLAK YANG MULIA.

AGENDA 7 : MENYAHUT CABARAN UNTUK MEWUJUDKAN SEKOLAH BESTARI (SMART SCHOOL) DALAM SALAH SATU DARI FLAGSHIP KORIDOR RAYA MULTIMEDIA. BAGI MEREALISASIKAN PROJEK INI, KEMENTERIAN TELAH MELATIH HAMPIR 500 ORANG GURU YANG MEMPUNYAI KEMAHIRAN MENGENDALIKAN SEKOLAH BESTARI PADA TAHUN 1998. INSYA-ALLAH, JUMLAH INI AKAN MENINGKAT KEPADA 5,000 ORANG PADA TAHUN 1999. KITA MERANCANG UNTUK MEMULAKAN DENGAN 81 BUAH SEKOLAH BESTARI DI SELURUH NEGARA PADA TAHUN HADAPAN DI SAMPING DUA BUAH SEKOLAH BESTARI CONTOH.
AGENDA 8 : BERUSAHA MENGELUARKAN BILANGAN PELAJAR YANG BERKEMAHIRAN SEPERTI YANG DIPERLUKAN OLEH PASARAN BURUH NEGARA. OLEH
ITU, PROGRAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN YANG ADA PERLU DISELARASKAN DAN MEMPUNYAI KUALITI TERKINI AGAR DAPAT MEMENUHI PERMINTAAN BURUH
MAHIR SESUAI DENGAN TUNTUTAN ZAMAN. CONTOHNYA KORIDOR RAYA MULTIMEDIA MEMERLUKAN PEKERJA MAHIR DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA.
AGENDA 9 : PENDEKATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL YANG MENARIK LAGI BERKESAN BAGI MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN MORAL DAN AKHLAK YANG DIHADAPI OLEH GENERASI MASA DEPAN.
PENUTUP
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
DEMIKIANLAH BEBERAPA CABARAN YANG BAKAL KITA HADAPI MENJELANG ABAD KE-21 NANTI. KITA BERDOA MUDAH-MUDAHAN GERHANA DAN KEGAWATAN EKONOMI YANG SEDANG MELANDA KITA AKAN SEGERA PULIH BAGI KITA TERUSKAN AGENDA PENDIDIKAN KITA YANG TELAH PUN DILAKSANAKAN PERINGKAT DEMI PERINGKAT.
AKHIR SEKALI KITA HARUS MELETAKKAN FUNGSI DAN IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN YANG UNGGUL INI SETIMPAL DENGAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN KEPADA KITA SEMUA. SERING SAYA TEKANKAN BAHAWA PENDEKATAN KEPADA PENYELESAIAN SETIAP ISU DAN MASALAH YANG TIMBUL HARUSLAH DENGAN SEMANGAT PERMUAFAKATAN YANG SEBAIK-BAIKNYA. KEKUATAN DAN KEUPAYAAN INI ADALAH BERGANTUNG KEPADA PERPADUAN YANG KUKUH DI KALANGAN WARGA
PENDIDIK DAN PEMIMPIN MASYARAKAT DALAM MENANGANI MASALAH YANG DIHADAPI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment